Sunday, August 10, 2008

Kekuatan



Kekuatan berfikir
Cinta bermula daripada fikiran kita. Berfikir mengenai pasangan ideal yang ingin anda kenali akan membantu mengenali dia, ketika anda akhirnya bertemu dengan orang yang tepat itu.

Kekuatan untuk menghormati
Anda tidak mampu mencintai seseorang tanpa meng hormatinya. Orang pertama yang patut dihormati ialah diri anda sendiri. Untuk mendapat perasaan hormat daripada orang lain, kita patut bertanya pada diri sendiri. ‘Apayang aku hormati dalam diri mereka?’

Kekuatan untuk memberi
Jika mahu menerima cinta, anda harus mampu mem berikannya terlebih dulu. Semakin banyak cinta diberi, semakin banyak yang akan anda terima. Belajarlah untuk melakukan pelbagai kebaikan. Formula untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir; ‘Apa yang dapat aku beri?’ dan bukan ‘apa yang akan aku dapat?’

Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, anda mesti mencari sahabat sejati. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tetapi bersama-sama melihat satu tujuan. Untuk mencintai seseorang, anda perlu mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.

Kekuatan daripada sentuhan
Sentuhan adalah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat rasakan getaran cinta tetapi Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala ber cinta, kecuali suami isteri.

Kekuatan untuk melepaskan
‘Jika anda mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, bermakna dia tidak akan pernah jadi milikmu’.Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita perlu belajar memaafkan dan melupakan masa lalu yang melukakan serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

Kekuatan dalam komunikasi
Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu kamu mencintai dan menghargainya. Jangan takut untuk mengucapkan tiga kata magik : ‘Aku cinta kamu’.

Kekuatan daripada komitmen
Jika ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, anda kena mampu menciptakan komitmen dalam fikiran dan tin dakan. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, anda harus setiadengan hubungan itu.

Kekuatan semangat.
Semangat, membakar dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang daripada daya tarik fizikal tetapi dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan membayangkan saat indah pada masa lalu dengannya.

Kekuatan daripada rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpanya, seseorang itu menjadi curiga, cemas dan takut.Anda tidak boleh mencintai seseorang secara intim sehinggalah anda mempercayainya sedalam mungkin.Satu cara mengetahui apakah seseorang itu mencintai anda, tanyakan diri sendiri; ‘Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?’. Jika ‘tidak’, anda harus berfikir dengan mendalam sebelum membuat komitmen lebih jauh.

Friday, April 25, 2008

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang ya! ng telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang
suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari
syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan
ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tid! ak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf
cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia
adalah orang-orang yang munafik.

Monday, April 21, 2008

indahnya islam...

sekadar renungan bersama :

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah..

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibioti k yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibod i sahaja, jadi dengan itu
hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar , Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

BERITA DARI MASJID NABAWI


BERITA PENTING

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI
SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, IAITU DI MASJID NABAWI SAUDI ARABIA.

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikeranakan:

1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak solat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad,Engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.

"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh kerananya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:

a. Berselawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.

c. Bersedaqah dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.

Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopynya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.

Maksud Akum


Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'dalam bahasa yahudi. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum

Sunday, April 20, 2008

Tazkirah



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada dibumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.